Sunday, January 10, 2010

Tasbih Pengasas Blog





























Atas permintaan ramai, kami mempamerkan kepada pengunjung semua tasbih yang selalu kami gunakan. Kemana sahaja pergi, tasbih ini sentiasa bersama. Usia tasbih ini hampir 10 tahun sudah. Kebanyakan teras-teras yang terdapat pada tasbih ini yang amat susah untuk ditemui.

Bandar Kota Bharu, Kelantan.


Inilah sebahagian daripada gambar bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.
Disinilah kami menjalankan perniagaan pada setiap hari Jumaat. Hasil idea Tuan Guru, maka beliau menetapkan 2 hari sebagai hari cuti umum iaitu hari Jumaat sebagai hari untuk menambah ilmu dan hari Sabtu sebagai hari untuk merapatkan silaturrahim antara sanak saudara. Awal pagi Jumaat lalulintas
sudahpun sibuk dengan kenderaan.Semuanya menuju ke satu tempat yang dinamakan Medan Ilmu, di bandar Kota Bharu, bagi mendengar amanat, tazkirah dan ceramah ugama. Bagi peniaga sekitar Kota Bharu, mereka akan merebut peluang ini dengan membuka gerai ditapak yang disediakan dan menjaja dikekitar bandar. Kami juga membuka gerai jualan tasbih, batu permata dan tongkat memandangkan hari Jumaat merupakan hari cuti minggu bagi pondok kami. Alhamdulillah, sambil mencari rezeki, dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mendengar ceramah daripada Tuan Guru dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan kadang-kadang penceramah bebas juga diberi ruang untuk berucap.

Tasbih Kemuning Hitam + Buah Kokka KB001 ( sudah ditebus )









Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Saiz : M
Bilangan Biji : 100 biji

Biji tasbih ini berbentuk bulat seperti guli dan 2 penanda diletakkan padanya. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Thursday, January 7, 2010

Tasbih Kemuning Hitam 100 biji 3 bilal KH002 ( sudah ditebus )



Tasbih ini mempunyai 3 bilal, iaitu pada bilangan ke-33, 41, dan 66.

Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M

Tasbih Buluh Tumpat 33biji



Alhamdulillah, kali ini, kami memperkenalkan tasbih daripada jenis buluh pula iaitu buluh tumpat. Keistimewaanya hanya diketahui oleh pemakainya sahaja. Didatangkan dengan tiga saiz : S, M, L. Buat masa ini, tasbih ini hanya dikeluarkan dalam bilangan 33 biji sahaja.

Jenis Kayu : Buluh Tumpat
Bilangan biji : 33 biji
Saiz : L