Tuesday, July 27, 2010

Salam Ramadhan 1431H



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kaum Muslimin&Muslimat. Menurut perkiraan Unit Falak, kita akan berpuasa pada hari Rabu bersamaan dengan 11 ogos 2010. Marilah sama-sama mengulangkaji semula tentang ilmu berpuasa; syarat, rukun, dsbnya, agar puasa yang dilakukan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

*Makluman : pihak kami tidak akan menerima sebarang tempahan membuat tasbih sepanjang bulan Ramadhan. Adapun tasbih-tasbih yang dipaparkan dalam www.tasbihteras.blogspot.com, item-item tersebut masih ada dalam simpanan dan sedia untuk dipos kepada mereka yang berhajat. Wassalam.

Jenis-jenis Bentuk Biji Tasbih



Sudah lama tidak post entri terbaru. Agak sibuk belakangan ini. Kali ini, saya datangkan bentuk-bentuk biji tasbih untuk tatapan semua. Ramai yang menghubungi saya untuk menempah tasbih, mempunyai masalah dalam menentukan saiz dan bentuk biji tasbih. Untuk pengetahuan pengunjung semua, sesiapa yang berhajat untuk memiliki tasbih dengan bentuk yang diingini, setakat ini, saya hanya membuat bentuk seperti yang tertera. Jika ada rekomendasi bentuk yang lain, Insya-Allah boleh dipertimbangakan. Saya juga menerima tempahan bagi sesiapa yang ingin membuat tasbih menggunakan kayunya sendiri. Tentang kos membuat tasbih, bolehlah hubungi saya ditalian. Insya-Allah, untuk entri seterusnya, saya akan paparkan secara detail lagi untuk setiap bentuk-bentuk tasbih yang telah dipaparkan diatas.