Wednesday, August 31, 2011

Al-Fatihah dan Salam 'Aidilfitiri







"Barangsiapa yang tidak bersedih dengan kematian para alim ulama', maka sesungguhnya pada dirinya terdapat satu alamat daripada segala alamat munafiq"

Tanggal 1 Syawal 1432H, perginya satu permata yang amat berharga buat masyarakat Kelantan khususnya dan umat Islam amnya. Almarhum Tuan Guru Hj Hasyim B Hj Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1 tengahari 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Walaupun saya tidak sempat untuk belajar secara talaqqi dengan beliau, namun segala tutur bicara dan tingkah laku beliau sebenarnya, sudah dikira satu pengajaran daripada beliau. Beliau merupakan Mudir Pondok Pasir Tumboh menggantikan kedua-dua orang iparnya yang telah meninggal dunia pada tahun 80-an. Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut.

http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=44:penguasa-1&catid=8:pengasas-pondok&Itemid=23