Wednesday, February 23, 2011

Tasbih Teras Asam Jawa AS002



Jenis Kayu : Teras Asam Jawa
Bilangan Biji : 100biji
Saiz : -M
-Diameter 1.1cm
-Tinggi 0.8cm

Alhamdulillah. Kembali menemui pencinta teras kayu setelah agak sekian lama menyepikan diri. Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi anugerah ciptaan Ilahi yang telah diperolehi dengan izin-Nya. Dalam usaha mencari teras asam jawa ini, kami akhirnya menemui sebuah pokok asam jawa yang telah buruk dibahagian tengah atau gelonggong bagi istilah orang Kelantan. Buat pengetahuan semua, cara paling mudah untuk mengetahui sesuatu pokok itu berteras atau tidak ialah dengan memerhatikan pada batang pokok itu. Jika terdapat kecacatan seperti berlubang, reput dsb, Insya-Allah adalah terasnya. Pokok yang kami temui itu, hanya tinggal tunggul dan berlubang dibahagian tengah. Dan, kami sendiri, dalam mengkaji tentang khasiat teras, kami terjumpa dalam sebuah kitab perubatan yang mana teras ini dipanggil tamarhindi. Boleh juga lah kalau nak dikatakan teras ini sudah masyhur di serata alam. Di Indonesia sendiri, dipanggil galih asam.

3 comments:

SK BECHAH KELUBI teacher said...

ada jual ke teras pokok selagi ??

Syahir said...
This comment has been removed by the author.
Syahir said...

Ada. Whtsapp saya di 01119915484