Thursday, January 23, 2020

KAYU EMAS NUSANTARA - TERAS KEMUNING HITAM





KEMUNING HITAM 
KAYU EMAS NUSANTARA

Masih ingat lagi kan tentang kayu ini?
Haritu kami kongsikan beberapa khasiat dan asal usul kayu ini.

Harini kami nak kongsikan perbezaan habuk Teras Kemuning Hitam yang baru diproses dan habuk  yang sudah lama dibiarkan.

Kalau tuan puan perhatikan, terdapat perbezaan yang sangat ketara dari segi warna.

Kuning dan hitam.

Percayakah tuan puan bahawa kedua-dua habuk ini adalah dari kayu yang sama 😱

Iya. 

Begitulah keistimewaan tumbuhan yang hidup. Apabila ia berasimilasi dengan kandungan udara di alam ini, akan berlaku perubahan dari segi warna, kelembapan dan ketumpatan.

Maka tidak hairanlah kayu kayan sebegini juga mempunyai hubungan atau tarikan dengan tubuh badan manusia kerana dalam tubuh kita juga ada gelombang elektromagnetik, synapse dalam saraf otak dan sebagainya.

Teras Kemuning Hitam ini sangat mujarab diikhtiarkan untuk awet muda dan membuang toksin dalam badan kerana didalamnya mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi.

Warna kuning adalah habuk kayu yang baru diproses.

Manakala warna hitam ialah habuk yang sudah dibiarkan selama 2-3 minggu.

Ajaibkan? 😊

Kongsikan post kami ini supaya generasi kini kenal dan cinta akan khazanah tanah Nusantara mereka ini.

#terasKayu
#KemuningHitam 
#warisanNusantara
#warisanNusantaraRepairNModify
#Nusantara_Craftmanship

No comments: