Wednesday, May 4, 2011

Close-up Teras Asam Jawa

Sekadar Berkongsi Pengalaman

Gambar-gambar yang dipaparkan ialah proses transformasi rona teras bermula daripada peringkat mula-mula menjadi teras sehingga kepada penggunaan teras samada dalam bentuk tasbih atau cincin. Ini kerana, setiap tumbuhan semulajadi di muka bumi Allah s.w.t. ini mempunyai hubung kait dengan hamba-Nya dan hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmahnya. Lagi pula, apabila saya keluarkan tasbih sendiri yang mana setiap bijinya berwarna agak tua dan shiny, pasti ada yang minta dimaharkan, pada hal bendanya sama sahaja.




Teras Asam Jawa setelah siap dilarik. Warna Coklat dan seakan-akan merah timbul. Urat Teras masih jelas kelihatan.




Peringkat kedua. Yang ini saya guna sendiri tidak sampai satu tahun. Warnanya sudah berubah kepada hitam kemerah-merahan dan urat teras semakin susah untuk diamati.




Peringkat Akhir Alhamdulillah. Teras Asam ini terdapat dalam tasbih saya sendiri yang mempunyai 27 teras. Salah satunya Teras Asam seperti paparan diatas. Tasbih ini sudah berusia 6 tahun. Warnanya semakin hitam dan urat teras seolah-olah tiada.



*ini sekadar pengalaman saya menggunakan tasbih. Diluar sana ramai lagi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan mereka tentunya pernah melihat teras yang mungkin berusia beratus-ratus tahun.

No comments: